Selasa, Ogos 12, 2008

Keselamatan Di Tempat Kerja


PERATURAN AM DAN
AMALAN KERJA YANG SELAMAT





  • Sentiasa memberi perhatian yang munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan sekerja.
  • Sentiasa bekerjasama dengan penyelia dan pengurus anda dalam aspek keselamatan.
  • Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat dan pastikan anda tidak mengusik/menganggu peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
  • Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
  • Jangan menggunakan mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih menggunakannya dengan betul dan selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa ragu-ragu tentang penggunaannya.
  • Sentiasa meneliti arahan yang terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara perlindungan dan pengudaraan, rujuk kepada Data Keselamatan Bahan Kimia (MSDS) sekiranya timbul keraguan
  • Sentiasa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya tersadung dan kelicinan dengan mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah disusun di tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
  • Sentiasa mengangkut, mengangkut, meletak, menarik dan menolak dengan cara yang selamat mengikut panduan dan tata amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan dapatkan pertolongan sekiranya perlu.
  • Gunakan pisau secara betul dan selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak digunakan, letak di tempat yang selamat.
  • Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik kecuali anda telah dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
  • Pandu kenderaan dengan cermat di tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari tempat tersebut. Jangan sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambil kira keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain.
  • Elakkan bahaya dengan menjaga keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas berhampiran kenderaan dan mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
  • Jangan sesekali menganggu mereka yang sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggi sehingga waktu yang sesuai dan selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
  • Jangan datang ke tempat kerja sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan kepada penyelia anda sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor.
  • Jangan berlari di tapak kerja atau di tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu. Berjalan dengan perlahan di permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah tuju anda.
  • Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan. Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda.
  • Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa yang dianggap sebagai gurauan kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.
ACT 514

(In accordance with Clause 30, Part VII, OSH Act, 1994 [Act 514])

  1. Every employer with 40 or more persons employed at the work place shall establish a Safety & Health Committee (SHC) at the place of work.
  2. Election or appointment of persons to the SHC, the power of the members of the SHC and any other matter relating to the establishment or procedure of the SHC shall be prescribed.
  3. Every employer shall consult the SHC with a view to the making and maintenance of arrangements which will enable him and his employees to co-operate effectively in promoting and developing measures to ensure the safety and health at the place of work of the employees, and in checking the effectiveness of such measures.
தேட்டில்(Detail)

TGSU
KESATUAN KAKITANGAN AM KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN (tarc)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails