Jumaat, September 26, 2008

Jom Balik Kampung’ tawar tol percuma setahun

PLUS Expressways Berhad dan Touch ‘n Go Sdn Bhd menganjurkan peraduan ‘Jom Balik Kampung’ khusus kepada pengguna kad Touch ‘n Go di lebuh raya PLUS di mana mereka berpeluang memenangi tol percuma selama setahun bernilai RM2,000.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Berhad, Nik Airina Nik Jaafar, Peraduan ‘Jom Balik Kampung : Get Spotted ‘n Win di adakan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya PLUS, ELITE, LINKEDUA dan Butterworth-Kulim bertukar ke sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih efisien, mudah dan pantas.

“Ini juga merupakan satu usaha sama pihak PLUS dan Touch ‘n Go bersempena cuti hari raya Aidilfitri ini bagi memberi ganjaran dan faedah hebat kepada pengguna lebuh raya PLUS yang memiliki kad Touch ‘n Go.

“Pengguna lebuh raya PLUS turut mendapat faedah tambahan iaitu bagi setiap belian baru kad Etiqa Touch ‘n Go, pengguna secara automatik menerima Perlindungan Kemalangan sebanyak RM10,000 dan Tuntutan Perubatan sebanyak RM2,000.

"Seramai 10 orang pelanggan kad Touch ‘n Go yang bertuah akan memenangi tol percuma selama setahun berjumlah RM2,000 setiap seorang. Manakala 150 orang pemenang sagu hati pula akan menerima kad Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap seorang,” katanya.

Peraduan ini akan berlangsung daripada 25 September sehingga 15 Oktober di mana keputusan peraduan akan diumumkan selepas tarikh tamat peraduan ini.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan buku panduan keselamatan ‘Selamat Jalan’ serta cakera padat lagu hari raya edisi PLUS (selagi stok masih ada) apabila menambah nilai RM50 pada kad Touch ‘n Go mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Bagi menyertai peraduan ini, pengguna PLUS dan Touch ‘n Go hanya perlu mengikuti tiga langkah ringkas iaitu membeli kad atau menambah nilai minimum RM50 pada kad Touch ‘n Go.

Seterusnya, pengguna akan diberikan pelekat khas yang perlu dipamerkan di kenderaan masing-masing dan untuk membolehkan kenderaan mereka dikesan di sepanjang lebuh raya PLUS, mereka terlebih dahulu perlu mendaftarkan penyertaan mereka dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (sms).

Majlis pelancaran peraduan ini semalam turut di hadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnGSB), Hasni Zarina Mohamed Khan.

TGSU
KESATUAN KAKITANGAN AM KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN (tarc)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails